PIHAK berkuasa di lapangan terbang Kaherah pada Ahad menghalang pemimpin pembangkang Sudan Sadiq al-Mahdi memasuki negara itu, yang hidup dalam buangan di Mesir, menurut partinya.
Parti Umma berkata, pihak keselamatan menghalang bekas perdana menteri Sudan itu daripada memasuki negara berkenaan ketika kembali ke Kaherah selepas menyertai persidangan pembangkang di Berlin.
Mahdi, yang menetap di Kaherah, kemudian mengambil penerbangan ke London bersama anak perempuannya Mariam dan pembantunya, menurut parti itu.
Mahdi merupakan perdana menteri dari 1966 hingga 1967 dan kemudian sekali lagi memegang jawatan itu pada 1986 hingga 1989.
Kerajaanya merupakan yang terakhir dipilih secara demokrasi di Sudan, sebelum ia ditumbangkan pada 1989 dalam rampasan kuasa yang dilancarkan oleh Presiden Omar al-Bashir.
Beliau kembali ke Khartoum pada Januari 2017 selepas lebih dua tahun hidup dalam buangan di Kaherah, namun kembali semula ke ibu negara Mesir itu.
Pada April, media Sudan melaporkan pendakwaraya negeri mendakwa Mahdi berpakat untuk menumbangkan Bashir selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin pemberontak di Paris.
Sejak rampasan kuasa yang menumbangkan kerajaan pimpinan Mahdi, bekas pemimpim parti Umma itu memainkan peranan sebagai kumpulan pembangkang utama di negara itu dan berkempen menentang dasar kerajaan Bashir.
Menurut parti Umma, pihak berkuasa Mesir meminta Mahdi untuk tidak menyertai mesyuarat di Berlin.
Setakat ini tiada sebarang maklum balas daripada pihak berkuasa di Kaherah. – AFP, 2 Julai, 2018.
Komen