SEPULUH anggota tentera terbunuh manakala empat lagi hilang pada Ahad selepas serangan yang disyaki dilakukan kumpulan Boko Haram di tenggara Niger, berhampiran sempadan Nigeria, kata menteri pertahanan.
“Kita menerima laporan 10 kematian setakat ini, empat hilang dan tiga lagi cedera,” kata jurucakap kementerian pertahanan Abdoul-Aziz Toure, hampir sebulan selepas serangan terakhir yang menyebabkan enam orang terbunuh di wilayah bergolak itu.
Serangan oleh Boko Haram menyasarkan kedudukan tentera Nigeria di Bla Brin, sebuah perkampungan tidak jauh dari Tasik Chad, 40 kilometer dari bandar N’Guimi, tambahnya.
Kali terakhir serangan oleh kumpulan militan itu adalah pada awal Jun tahun lalu.
Tiga pengebom bunuh diri menbunuh sekurang-kurangan enam orang dalam serangan berasingan di tenggara bandar Diffa.
Pada April, kementerian mengumumkan operasi ketenteraan terhadap Boko Haram di wilayah Tasik Chad, yang menghubungkan Niger, Chad, Nigeria dan Cameroon.
Kumpulan militan itu menyebabkan sekurang-kurangnya 20,000 orang terbunuh sejak 2009 di Nigeria. – AFP, 2 Julai, 2018.
Komen