Pembantu Pope dituduh melakukan penderaan seksual kanak-kanak


KETUA kewangan Vatican Kardinal George Pell didakwa hari ini atas beberapa tuduhan kesalahan melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak di Australia, kata polis.

Pell, ulama Katolik paling kanan di negara itu, disoal siasat di Rom oleh polis Australia pada Oktober lalu berhubung tuduhan yang dinafikan sekeras-kerasnya.

“Polis Victoria mendakwa Kardinal Cardinal George Pell atas kesalahan serangan seksual lampau.

“Terdapat beberapa pengadu berkaitan pendakwaan itu,” kata Timbalan Komisioner Shane Patton kepada wartawan.

Patton berkata Pell, 76, diarah hadir ke Mahkamah Majistret Melbourne pada 18 Julai untuk perbicaraan.

Kardinal itu tampil di hadapan suruhanjaya diraja sebanyak tiga kali, sekali secara berdepan dan dua kali menerusi video, di mana beliau mengakui pernah berdepan dengan paderi yang pedofilia di VIctoria pada 1970-an.

Pell ditahbiskan di Rom pada 1966 sebelum kembali ke Australia pada 1971 dan menjadi pegawai Katolik utama di negara itu.

Beliau ke Vatican pada 2014 selepas dipilih sendiri oleh Pope Francis untuk menjaga kewangan gereja supaya ia lebih telus. – AFP, 29 Jun, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen