Radar dari Australia hilang di pelabuhan Johor, lapor akhbar


Peralatan radar tentera berkualiti tinggi bernilai jutaan ringgit dalam perjalanan dari Australia ke Belanda dilaporkan hilang di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor. – Gambar AFP, 29 Jun, 2017.

PERALATAN radar yang melalui Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor hilang di pelabuhan itu, lapor The Star hari ini.

Peralatan radar tentera berkualiti tinggi itu bernilai jutaan ringgit dalam perjalanan dari Australia ke Belanda tetapi dilaporkan tidak mempunyai permit yang diperlukan, lapor akhbar itu.

Jabatan Kastam, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) serta polis sedang menyiasat perkara itu.

Pegawai kastam menahan radar itu dalam tempoh sekejap selepas ketibaan mereka dari Australia bulan lalu kerana semua peralatan ketenteraan yang dihantar keluar atau transit di mana-mana pelabuhan Malaysia perlu mendapatkan permit daripada Miti.

Permit diperlukan untuk bahan yang dieksport, pemindahan ke kapal, transit dan pembrokeran bahan strategik dan teknologi termasuk senjata dan bahan berkaitan, selain aktiviti yang akan atau mungkin membantu rekaan itu, pembangunan, pengeluaran dan penghantaran senjata yang memusnahkan.

Star berkata pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan peralatan itu dihantar ke Belanda itu bertentangan dengan Akta Perdagangan Strategik. – 29 Jun, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen