30 orang awam terbunuh dalam serangan udara di Syria


Perang Syria yang berlaku sejak Mac 2011 menyebabkan jutaan menjadi pelarian. – Gambar EPA, 28 Jun, 2017.

SEKURANG-KURANGNYA 30 orang awam terbunuh dalam serangan udara di barat Syria yang ditawan kumpulan militan Negara Islam Syria dan Iraq (IS) pada hari ini, kata kumpulan pemerhati.

The Syrian Observatory for Human Rights berkata mereka tidak boleh mengesahkan sama ada serangan di daerah Deiz Ezzor itu dilakukan pakatan tentera AS atau tentera Syria atau sekutunya, Rusia.

Serangan itu berlaku hanya dua hari selepas serangan yang dikatakan dilakukan kepada penjara IS di daerah sama yang membunuh 42 tahanan dan 15 militan, menurut sumber kumpulan itu.

Serangan hari ini berlaku di 20 kilometer daripada barat Mayadeen, bandar yang menempatkan penjara yang diserang sebelum ini.

Kebanyakkan kawasan dalam Deir Ezzor dikawal kumpulan militan dan menjadi sasaran serangan udara pakatan tentera AS serta tentera Syria dan Rusia.

Serangan bertubi-tubi ke atas IS di Syria dan Iraq sejak pertengahan tahun 2014 dan militan semakin terdesak di kedua-dua negara itu.

Perang Syria sudah membunuh lebih 320,000 orang dan memaksa berjuta lagi menjadi pelarian sejak ia bermula pada Mac 2011 dengan protes anti kerajaan. – AFP, 28 Jun, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen