Ribut Siklon semakin menghampiri Okinawa


PENDUDUK Okinawa bersedia untuk menghadapi ribut dan ombak besar pada Sabtu selepas pihak berkuasa cuaca memberi amaran mengenai ribut ganas siklon yang sedang menghampiri kawasan di Selatan kepulauan Jepun itu.

Taufan Prapiroon mendekati ibu bandar Okinawa, Naha pada tengah hari Sabtu dengan kelajuan 144 kilometer sejam, menurut Agensi Meteorologi Jepun.

Ia dijangka semakin mendekati pulau Okinawa pada malam Sabtu sehingga keesokan pagi sebelum bertukar arah ke barat daya Jepun dan semenanjung Korea, kata agensi terbabit.

Ribut besar sering menyerang Jepun pada musim panas dan awal musim luruh, yang sering menyebabkan tanah runtuh dan banjir maut. – AFP, 1 Julai, 2018. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen