Lebih 8,000 pendatang diselamatkan dalam masa 2 hari di Itali


Pendatang yang tersadai di laut diselamatkan pihak berkuasa agensi sempadan Kesatuan Eropah dan badan sukarelawan. – Gambar AFP, 27 Jun, 2017.

LEBIH 8,000 orang pendatang diselamatkan di perairan sepanjang 48 jam lepas dalam persekitaran laut merbahaya, kata pengawal pantai Itali hari ini.

“Pada Isnin, kami menyelamatkan lebih kurang 5,000 orang daripada empat bot besar, sebuah bot kecil dan 18 dingi getah,” katanya kepada AFP.

Pendatang itu diselamatkan menggunakan kapal pengawal pantai, kapal tentera yang beroperasi di bawah agensi sempadan Kesatuan Eropah (EU) Frontex dan bot bantuan yang dibekalkan agensi swasta. Usaha mereka diselaraskan pengawal pantai.

“Bersama-sama dengan Sea Watch dan Sea Eyer, krew kami berjaya menyelamatkan lebih ramai orang semalam dalam keadaan cuaca buruk,” kata NGO Jerman Jugend Retter menerusi Twitternya merujuk kepada dua kumpulan sukarelawan.

Laporan menyebut “tiga orang terbunuh” walaupun tidak jelas sama ada mereka sudah mati semasa ditemui atau terbunuh dalam misi menyelamat itu.

Pengawal pantai Itali berkata mereka melihat “banyak aktiviti” berlaku pada Selasa tetapi “tidak sebanyak hari Isnin”.

Pengawal Sivil Sepanyol berkata salah satu kapalnya yang berkhidmat dalam operasi penyeludupan dikendalikan Frontex dikenali sebagai Operasi Triton berjaya menyelamatkan 133 orang yang ditemui di atas dingi terapung di perairan Libya.

Mereka yang diselamatkan termasuklah 17 kanak-kanak bawah umur, dua orang bayi dan 23 orang wanita, tujuh daripadanya sedang mengandung.

Krew yang datang membantu dua lagi dingi juga diminta untuk membantu tiga dingi lain, berkata yang kapal itu akhirnya memuatkan 1,300 pendatang di atasnya.

Penyeludup di perairan Afrika Utara mengambil kesempatan keadaan cuaca baik untuk menyeludup ramai pendatang yang mahu ke Eropah melalui jalan laut yang dianggap sangat merbahaya.

Ahad lalu, lebih 3,300 orang diselamatkan dalam 31 operasi berasingan, dan dua mayat ditemui.

Rekod teramai pendatang yang diselamatkan dalam sehari ialah 7,000 orang yang diselamatkan di laut pada 29 Ogos 2016.

Lebih 73,300 pendatang mendarat di Itali sejak Januari, peningkatan 14 peratus daripada tempoh yang sama tahun lepas.

Manakala lebih 2,000 orang pula terbunuh dalam cubaan mereka menyeberangi ke Eropah atau hilang dikhutari lemas sejak awal 2017, menurut agensi pelarian PBB. – 27 Jun, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen