SEORANG pengebom bunuh diri pada Ahad menyasarkan sebuah Gudang di Kirkuk yang menyimpan kota undi untuk pilihan raya umum Iraq Mei lalu mencederakan 19 orang, beberapa hari sebelum kiraan semula dijadualkan berlangsung, kata sumber keselamatan.
“Sembilan anggota polis, enam anggota unit anti keganasan dan empat orang awam cedera apabila sebuah kereta dipandu pengebom bunuh diri meletup di pintu masuk utama gudang itu,” kata sumber.
Bangunan itu rosak tetapi kotak undi tidak dirosakkan oleh letupan itu, kata Rakan al- Jubri, gabenor Kirkuk di utara Baghdad.
Mahkamah Agung Iraq mengarahkan pengiraan manual dilakukan di stesyen pengundian yang keputusannya dipertikaikan kerana dakwaan wujudnya penipuan.
Pilihan raya itu dimenangi oleh ulama Syiah terkenal, Moqtada Sadr yang bergabung tenaga dengan parti Komunis ketika politikus sedia ada ditolak rakyat yang mahukan perubahan dalam negara dipenuhi korupsi dan konflik itu.
Pengundian semula dijangka bermula Selasa depan di Arbil, Sulaymaniyah dan Dohuk, serta di Kirkuk, Nineveh, Salaheddin dan Anbar. – AFP, 1 Julai, 2018.
Komen