KELUARGA diraja Britain bakal memperoleh pendapatan tahunan lebih tinggi bagi memulakan pengubahsuaian selama 10 tahun Istana Buckingham, kata pegawai kerajaan hari ini.
Kerja pengubahsuaian itu dijangka bermula beberapa bulan lagi dengan mengganti kabel getah berusia 60 tahun, yang dianggap sebagai kebimbangan paling mendesak.
Keluarga monarki itu membelanjakan sebanyak £56.8 juta (RM313 juta) pada tahun kewangan 2016-17, sebagaimana ditunjukkan dalam akaun diraja.
Ia menerima £42.8 juta daripada kerajaan pusat, yang dipanggil geran berdaulat, dan membelanjakan £14.9 juta pendapatan yang dihasilkannya sendiri, sebahagian besarnya daripada penyewaan hartanah.
Lebihan £900,000 masuk ke dalam dana rizab yang dipegang sebagai insurans.
“Pada 2016-17 geran berdaulat disamakan dengan kos 65 pence bagi setiap orang di United Kingdom - harga setem kelas pertama,” kata Alan Reid, yang menguruskankan kewangan isi rumah diraja.
“Apabila anda menganggap ia bertentangan dengan apa yang dilakukan ratu dan mewakili negara ini, saya percaya ia mewakili nilai yang sangat berbaloi untuk wang,” kata Reid.
Keluarga diraja mengadakan lebih 3,000 perjumpaan rasmi dan mengadakan 65 lawatan ke luar negara tahun lepas.
Suami Ratu Elizabeth, Prince Philip, 96, bersara daripada tugas kerajaan tahun ini dan anggota keluarga lebih muda, terutamanya Putera William, kedua dalam barisan takhta serta isterinya, Catherine akan mengambil peranan.
Dalam tahun kewangan penuh bagi tugasan rasmi beliau sebelum bersara pada bulan akan datang, Putera Philip menghadiri 196 majlis.
“Aktiviti keluarga diraja yang lebih luas adalah penting dalam membawa monarki untuk berhubung secara langsung dan peribadi dengan semua bahagian masyarakat,” kata Reid.
“Kita bakal melihat lebih ramai kerabat diraja melakukan lebih banyak untuk menyokong ratu pada masa akan datang.”
Geran berdaulat membayar untuk kakitangan istana, penyelenggaraan harta benda, perjalanan rasmi, pengemasan dan perhotelan.
Ia dibayar sebagai balasan bagi keuntungan daripada Estate Crown – tanah dan portfolio harta tanah kerajaan – yang diserahkan kepada Perbendaharaan di bawah perjanjian yang bermula pada 1760.
Pemberian itu berjumlah 15% daripada keuntungan Estate Crown, tetapi ditetapkan naik hingga 25% selama 10 tahun untuk membayar kos baikpulih Istana Buckingham, daripada £42.8 juta kepada £76.1 juta tahun depan. – 27 Jun, 2017.
Komen