11 sekeluarga ditemui mati dalam rumah, kata polis India


Polis India menjalankan siasatan pada Sabtu selepas 11 sekeluarga ditemui mati di dalam rumah mereka di New Delhi. – Gambar AFP, 1 Julai, 2018.

POLIS India menjalankan siasatan pada Sabtu selepas 11 sekeluarga ditemui mati di dalam rumah mereka di New Delhi.

Polis telah mengepung rumah terbabit yang terletak di Burari di selatan ibu negara itu di mana tujuh mayat wanita dan empat lelaki ditemui pada Sabtu.

“10 daripada 11 ahli keluarga dijumpai tergantung ketika kami sampai ke rumah itu. Yang terakhir, wanita berusia 75 tahun ditemui mati di atas lantai,” kata pegawai polis Delhi kepada AFP.

“Masih terlalu awal (untuk mengetahui apa yang berlaku). Siasatan masih dijalankan dan kami masih belum membuat apa-apa kesimpulan.” – AFP, 1 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen