Korea Utara mungkin rahsiakan aktiviti nuklear dari AS, kata laporan


Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengadakan pertemuan bersejarah pada 12 Jun di Singapura. – Gambar EPA, 1 Julai, 2018.

KOREA Utara berhasrat untuk mengekalkan beberapa kemudahan simpanan dan pengeluaran nuklearnya dan mungkin akan menyembunyikannya daripada pengetahuan Amerika Syarikat (AS), lapor The Washington Post pada Sabtu, memetik pegawai AS.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengadakan pertemuan bersejarah pada 12 Jun di Singapura.

Trump menyatakan dengan yakin bahawa “tidak ada lagi ancaman nuklear dari Korea Utara.”

Minggu lalu, NBC News pertama kali melaporkan bahawa Pyongyang sebenarnya baru-baru ini telah meningkatkan pengeluaran bahan api untuk senjata nuklear di beberapa tempat tersembunyi.

Rangkaian AS, yang memetik pegawai risikan, berkata rejim Korea Utara tidak akan melepaskan senjata atomnya.

“Tidak ada bukti bahawa mereka mengurangkan stok, atau mereka telah menghentikan pengeluaran mereka,” NBC memetik seorang pegawai AS sebagai berkata.

“Terdapat bukti yang jelas bahawa mereka cuba menipu AS,” kata pegawai itu.

Satu-satunya tempat pengayaan uranium Korea Utara yang diketahui secara terbuka adalah di Yongbyon. – AFP, 1 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen