TENTERA Filipina mengumumkan genjatan senjata lapan jam pada Ahad dalam pertempuran dengan militan yang menakluk sebahagian bandar Marawi bagi membolehkan penduduk di sana menyambut Aidilfitri.
Ketua Tentera Jeneral Eduardo Ano berkata angkatan tentera akan melaksanakan “genjatan kemamnusian” sempena Aidilfitri di Marawi, yang dianggap bandar penting untuk penduduk Islam negara majoriti Katolik itu.
“Kami mengisytiharkan menghentikan semua operasi di bandar ini sebagai penghormatan kepada agama Islam,” kata Ano dalam satu kenyataan.
Jeneral itu menyifatkan tindakan itu “sebagai testimoni komitmen Angkatan Tentera Filipina bagi menyediakan peluang kepada orang Islam, terutama di bandar Marawi peluang lebih baik meraikan keraian itu.”
Ratusan militan mengibarkan bendera Negara Islam Iraq dan Syria (IS) dan disokong pejuang asing yang datang ke Mawari menyebabkan pertempuran berdarah antara tentera kerajaan.
Mei lepas, Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengisytiharkan darurat di seluruh Mindanao bagi mematahkan pemberontakan yang bertujuan mewujudkan daerah kekuasaan IS di kawasan itu.
Hampir keseluruhan bandar itu kini rosak teruk dan lebih daripada 200,000 penduduk sudah melarikan diri ke pusat perlindungan atau menumpang di rumah saudara dan kawan mereka. – AFP, 25 Jun, 2017.
Komen