Lebih 140 dikhuatiri tertimbus tanah runtuh di China


Pasukan penyelamat China berusaha mencari mangsa tanah runtuh yang dikhuatiri tertimbus di perkampungan Xinmo, di wilayah Sichuan. – Gambar AFP, 24 Jun, 2017.

PASUKAN pencari dan penyelamat China berusaha menyelongkar batu untuk mengesan lebih 140 mangsa tanah runtuh yang dikhuatiri tertimbus di sebuah perkampungan di kawasan pergunungan di wilayah Sichuan.

Sepasang suami isteri dan bayi mereka berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital selepas lebih 40 rumah di kampung Xinmo ditelan tanah apabila sebahagian gunung runtuh, menurut pihak berkuasa daerah Maoxin.

Sekurang-kurangnya 141 orang dan 46 rumah tertimbus, kata People’s Daily memetik jurucakap daerah Maoxin.

Tanah runtuh itu menghalang laluan sungai sejauh 2km dan 1.6km di jalan darat.

Penyelamat menggunakan tali untuk mengalih batu besar sementara berdozen yang lain mencari mangsa yang terselamat, menurut video dimuat naik pihak berkuasa di akaun media sosial Weibo. – AFP, 24 Jun, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen