4 terbunuh dalam serangan Boko Haram di kem pelarian


Pelarian yang ditempatkan di kem Banki kini berada dalam ketakutan berikutan ancaman daripada pengganas Boko Haram.– Gambar EPA, 1 Julai, 2018.

PEMBERONTAK Boko Haram membunuh empat orang dalam serangan di kem pelarian di Nigeria, kata pihak berkuasa keselamatan negara itu pada Sabtu. 

Sekumpulan bersenjata memasuki kem berkenaan yang terletak di pekan Banki dekat sempadan Cameroon dengan menaiki basikal dan berjalan kaki pada malam Jumaat sebelum melepaskan tembakan. 

“Pengganas Boko Haram memasuki kem IDP Banki malam tadi dan membunuh empat orang, mencederakan empat lagi dan melarikan bekalan bersama mereka,” kata pegawai tentera di bandar itu kepada AFP. 

Tembakan yang dilepaskan menarik perhatian pihak tentera dan polis yang berada di luar kem terbebait, yang kemudiannya bertempur dengan kumpulan berkenaan, kata pegawai terbabit yang enggan dinamakan. 

“Dua pengganas terbunuh dakam pertempuran itu manakala yang lain melarikan diri,” katanya.

Ahli kumpulan pengganas itu yang membantu pihak tentera berkata, mereka menggunakan tangga untuk melepasi kawasan terusan yang digali di sekeliling kem bagi menghalang sebarang pencerobohan.

“Ini sebabnya mengapa anggota keselamatan diletakkan di pintu masuk kem dilepaskan,” katanya. 

“Daripada semua petunjuk, mereka datang untuk mencuri bekalan makanan.”

Beberapa jam kemudian, anggota tentera cedera selepas kenderaan peronda mereka terkena periuk api yang ditanam oleh anggota pengganas di pekan Freetown, sembilan kilometer dari kem berkenaan. 

Banki yang terletak 130 kilometer daripada tenggara ibu negeri Borno, Maiduguri, menempatkan 45,000 pelarian di kem berkenaan. 

Kem berkenaan tenang sejak ia dibuka pada Mac 2015. 

Bagaimanapun Boko Haram menyerang kem berkenaan beberapa kali sejak pembukaannya termasuk ada Februari di mana mereka melarikan makanan dan pakaian sebelum ditangkap oleh tentera. – AFP, 1 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen