KABINET memutuskan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing (forex) Bank Negara Malaysia (BNM) pada era Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sekitar 90an.
Keputusan itu adalah hasil cadangan laporan Pasukan Petugas Khas (PPK) yang kononnya wujud elemen menyembunyi fakta kerugian.
Saya tiada masalah dengan keinginan kerajaan untuk menyiasat kerugian tersebut dengan menubuhkan RCI tetapi yang pelik dan amat menghairankan, kenapa mereka yang sebahagian daripadanya anggota Kabinet sekarang menjadi “bisu dan pekak” semasa ketika pentadbiran Dr Mahathir itu.
Bukankah Perdana Menteri Najib Razak pada waktu itu sudah pun berada dalam Kabinet sehingga Dr Dr Mahathir melepaskan jawatan?
Hang buat apa Najib? Hang pi mana, hang pi mana, hang pi mana? Lupakah wahai Najib pada waktu itu hang penjilat nombor satu Dr Mahathir?
Kenapa Najib diam diri selama hampir 30 tahun berlalu tanpa sebarang siasatan?
Kenapa Najib tidak mendesak penubuhan RCI ketika Dr Mahathir berkuasa?
Kenapa RCI selepas Dr Mahathir bersara 14 tahun?
Ini yang melucukan dan menampakkan kegelisahan Najib dalam menghadapi pelbagai desakan daripada dalam dan luar negara.
Ketegasan Dr Mahathir yang banyak mengkritik kerajaan klaptokrasi Najib dan Umno-Barisan Nasional (BN) membuatkan Najib berasa “ketar lutut” dan “panas miang badan”.
Rakyat faham dengan tindakan Dr Mahathir kerana beliau ingin menyahkan klaptokrat Najib dan kuburkan klaptokrat Umno-BN daripada terus menerajui negara tercinta.
Sekiranya Dr Mahathir senyap macam Abdullah Ahmad Badawi, saya yakin dan percaya tiadalah Najib kalut tubuh RCI.
Tiadalah nak cari kerugian sebenar serta bersikap “lantaklah berapa nak rugi pun apa aku mau peduli bukan duit aku pun”.
Inilah sikap pemimpin politik Umno-BN yang menjadi juara penjilat nombor satu Dr Mahathir sewaktu beliau berkuasa.
Bagaimanapun, apabila Dr Mahathir bangkit selepas bersara dan bersuara atas kejahatan serta kerakusan rejim Umno-BN bersama Najib, maka meloncat semua “tikus” dan “lipas” yang menganggotai “kabinet dapur” (kitchen cabinet) Najib menyerang Dr Mahathir.
Inilah sikap politik “ponen” Najib yang tidak perlu “kecut perut” dan tidak perlulah hendak tunjuk jantan dengan orang yang sudah bersara daripada kuasa.
Syabas Dr Mahathir, perdana menteri yang bersara terus bangkit mengajak rakyat lawan perdana menteri yang berkuasa.
Berani kerana benar takut kerana salah.
Semoga Ramadan bermulanya perubahan, Aidilfitri membawa obor kemenangan. – 23 Jun, 2017.
* Mahfuz Omar adalah ahli Parlimen Pokok Sena.
* Ini ialah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insight.
Komen