13 tuntutan negara jiran kepada Qatar sebagai syarat henti sekatan


Pengantara krisis, Kuwait menyampaikan senarai 13 permintaan daripada enam negara Arab yang melakukan sekatan kepada Qatar tetapi sehingga kini masih belum memberi sebarang respons. – Gambar AFP, 23 Jun, 2017.

MENUTUP al-Jazeera dan meminimumkan hubungan dengan Iran adalah antara 13 tuntutan enam negara Arab kepada Qatar bagi menamatkan sekatan mereka terhadap negara kecil yang kaya dengan minyak itu, lapor Associated Press hari ini.

Pengantara krisis, Kuwait menyampaikan senarai 13 permintaan itu kepada Qatar, yang masih belum memberi respons tuntutan itu, tetapi ia termasuk tuntutan yang Qatar katanya tidak akan berlaku, seperti menutup al-Jazeera. Qatar juga mengatakan perundingan dibatalkan semasa sekatan itu berkuatkuasa.

Qatar juga pernah mengadu yang enam negara itu mengganggu hal ehwal kedaulatannya dengan keputusan mereka.

Arab Saudi, Mesir, Emiriyah Arab Bersatu, Bahrain juga menuntut agar Qatar menyerahkan semua individu yang dikehendaki empat negara itu kerana keganasan; menghentikan pembiayaan entiti ekstremis yang dianggap kumpulan pengganas oleh Amerika Syarikat (AS); dan memberi maklumat terperinci jumlah pembangkang yang dibiayai Qatar, yang didakwa di Arab Saudi dan negara lain.

Qatar juga perlu menutup pejabat diplomatik di Iran, mengusir mana-mana ahli revolusi elit Iran, dan hanya menjalankan perdagangan dengan Iran mengikut sekatan AS.

Semalam, Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson memberi amaran tuntutan yang dibuat daripada Qatar mestilah “munasabah dan boleh dilakukan.”

Qatar menafikan pembiayaan atau menyokong ekstremisme, tetapi mengakui membenarkan beberapa ahli kumpulan ekstremis seperti Hamas tinggal di sana. Dengan mengatakan dialog dengan kumpulan itu sebagai kunci untuk menyelesaikan konflik global.

Ia akan menjadi sangat sukar, kata laporan itu, bagi Qatar untuk memotong hubungan dengan Iran, yang mana berkongsi medan gas asli luar pesisir.

Pada 5 Jun, Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu dan Yemen menyertai Arab Saudi dan Mesir dalam memutuskan hubungan dengan Qatar, dengan Riyadh menuduh Doha menyokong kumpulan “yang bertujuan menjejaskan kestabilan wilayah”.

Jiran Qatar juga menuduh ia menyokong al-Qaeda dan Islamic State. Kumpulan serpihan yang muncul dalam senarai entiti yang mempunyai hubungan dengan Qatar mesti dihapuskan, termasuk Hizbullah di Lubnan dan cabang al-Qaida di Syria, yang pernah dikenali sebagai Nusra Front.

Qatar diberikan tempoh 10 hari untuk mematuhi semua tuntutan, termasuk membayar pampasan yang tidak ditentukan. – 23 Jun, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen