KOREA Utara menguji sebuah enjin roket yang muat diletakkan dalam senjata balistik antara benua, semalam, ketika ketegangan semakin meningkat berhubung program senjata nuklear Kim Jong-un.
“Enjin roket diuji hari ini,” kata pegawai Amerika Syarikat (AS) yang enggan didedahkan namanya.
Berita mengenai ujian itu diketahui sehari selepas Setiausaha Negara AS Rex Tillerson menggesa China, satu-satunya sekutu Pyongyang supaya memberi lebih tekanan terhadap Korea Utara berhubung senjata atom dan program senjata balistiknya.
Menganggap Korea Utara sebagai “ancaman keselamatan tertinggi” kepada AS, Tillerson berkata China mempunyai “tanggungjawab diplomatik” untuk mengenakan tekanan ekonomi dan diplomatik terhadap rejim itu. – AFP, 23 Jun, 2017.
Komen