KEM sementara di negeri Rakhine, Myanmar bersedia untuk menyambut semula 150 pelarian Rohingya dari Bangladesh setiap hari.
Tetapi pada kebanyakan hari kem berkenaan tidak berpenghuni, berikutan masyarakat minoriti itu bimbang untuk pulang semula ke tempat asal di mana mereka diusir secara ganas oleh tentera, dan Myanmar melaksanakan usaha yang sedikit untuk menyakinkan mereka bahawa keadaan kini sudah berubah.
“Kami bersedia untuk menerima mereka sejak Januari, sejak kem ini dibuka,” kata Wing Khaing, pengarah imigresen di Nga Khu Ra.
Kurang dari 200 Rohingya beragama Islam menduduki semula kawasan di utara negeri Rakhine Myanmar berbanding 700,000 yang melarikan daripada keganasan tentera pada Ogos.
Wanita Rohingya berkata mereka dirogol oleh tentera keselamatan, sementara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBBP) menyifatkan pembunuh dan kempen keganasan tanpa belas kasihan itu menyerupai pembersihan etnik.
Kerajaan pada April mencang-canangkan ketibaan sebuah keluarga Rohingya, namun kemudian dibidas kerana didakwa berpura-pura.
Pihak berkuasa tempatan bagaimanapun tetap menaikkan papan iklan yang memaparkan gambar keluarga berkenaan dekat sempadan. – AFP, 30 Jun, 2018.
Komen