KERETAPI laju dipenuhi dengan imej “Hello Kitty”, ikon global dari Jepun akan memulakan perkhidmatan pada Sabtu, menarik ratusan peminat hadir ke majlis perasmiannya.
Gerabak khas warna putih dan merah jambu keretapi peluru atau “shinkansen” bertolak dari Stesyen Hakata di Fukuoka ke Osaka, dilepaskan oleh kontraktor yang memakai pakaian Hello Kitty- lengkap dengan riben merah jambu karakter terkenal itu- diperhatikan oleh hampir 400 hadirin, lapor media tempatan.
Keretapi itu akan berkhidmat selama tiga bulan antara Osaka dan Fukuoka, kata Syarikat Keretapi Timur Jepun, berharap salah satu eksport Jepun paling dikenali itu akan merancakkan pelancongan kawasan itu.
Dalam gerabak, gambar Hello Kitty ditampal di setiap tingkap, dan dalam satu gerabak khas, “patung Hello Kitty saiz orang Dewasa” ditempatkan untuk peminat bergambar.
Sebuah lagi gerabak tidak mempunyai kerusi penumpang tetapi menawarkan keistimewaan rantau itu, termasuklah pilihan makanan dan barangan dalam usaha merangsang ekonomi dan pelancongan setempat.
Hello Kitty menjadi industri bernilai jutaan dolar sejak diperkenalkan Sanrio pada 1974, menghiasi pelbagai barangan daripada bekas alat tulis kepada baju tidur sehinggalah bas dua tingkat dan pesawat komersial.
Pada 2015, syarikat sama menggunakan “Hogwarts Express” Harry Porter untuk keretapi laju yang bergerak antara Osaka dan Kagoshima. – AFP, 30 Jun, 2018.
Komen