Lebih 20 maut serangan bom kereta di Afghanistan


Pegawai keselamatan Afghanistan memindahkan mangsa yang cedera dari lokasi kejadian bom kereta berhampiran cawangan Bank Kabul ke hospital di Lash Kar Gah, Afghanistan, hari ini.– Gambar AFP, 22 Jun, 2017.

SEKURANG-KURANGNYA 29 orang terbunuh hari ini, apabila sebuah bom kereta meletup di luar bank di bandar Lashkar Gah, Afghanistan ketika orang ramai beratur untuk mengeluarkan gaji, serangan berdarah terakhir pada bulan suci Ramadan.

Enam yang cedera dikejarkan ke hospital setelah pengeboman di Bank New Kabul yang menyebabkan beberapa kenderaan terbalik dengan serpihan serta asap memenuhi kawasan berkenaan.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu, tetapi ia muncul ketika Taliban meningkatkan serangan di seluruh negara walaupun kerajaan meminta gencatan senjata sepanjang Ramadan.

Bom berkenaan melanggar barisan orang awam dan pekerja kerajaan yang berbaris di luar bank untuk mengambil gaji menjelang cuti Hari Raya yang menandakan berakhirnya Ramadan.

“Sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh dan 60 yang lain cedera dalam pengeboman hari ini,” kata Mullah Dad Tabidar, ketua hospital kerajaan Bost kepada AFP semasa beberapa mangsa cedera dibawa dengan pengusung.

Tabidar berkata orang awam dan anggota polis adalah antara yang meninggal dan dijangka jumlah itu akan bertambah.

Dalam serangan yang sama pada Februari, sekurang-kurangnya enam orang terbunuh apabila seorang pengebom Taliban merempuh kereta dengan bahan letupan ke arah tentera Afghanistan yang beratur di luar sebuah bank di Lashkar Gah untuk mengambil gaji mereka.

Sejak bertahun-tahun Wilayah Helmand, di mana Lashkar Gah adalah ibu kota, pusat campur tangan tentera Barat di Afghanistan, tetapi baru-baru ini berada dalam keadaan huru-hara.

Pertempuran bertambah hebat pada tahun lepas memaksa ribuan rakyat melarikan diri ke Lashkar Gah dari daerah berhampiran.

Sejak mereka melancarkan serangan pada akhir April, Taliban bertalu-talu melakukan serangan maut terhadap tentera dan pasukan tentera Afghanistan di Helmand.

Washington tidak lama lagi dijangka mengumumkan pertambahan penggunaan ketenteraan AS untuk memperkuat pasukan Afghanistan yang bergelut mengawal pemberontakan. Komander tentera Amerika di Afghanistan meminta bantuan ribuan askar tambahan.

Tentera AS di Afghanistan kini berjumlah kira-kira 8,400, dan terdapat 5,000 lagi daripada sekutu NATO, jauh berkurangan enam tahun lalu   yang menyaksikan tentera AS lebih daripada 100,000 orang. Kebanyakannya berkhidmat  sebagai jurulatih dan penasihat. – 22 Jun, 2017. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen