Ketua PBB gesa henti operasi ketenteraan di selatan Syria


Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menggesa pada Rabu agar operasi ketenteraan di barat daya Syria, kawasan di mana tentera kerajaan menyerang kawasan yang dikawal kumpulan pemberontak. – Gambar EPA, 30 Jun, 2018.

SETIAUSAHA Agung Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menggesa pada Rabu agar operasi ketenteraan di barat daya Syria, kawasan di mana tentera kerajaan menyerang kawasan yang dikawal kumpulan pemberontak, dihentikan.

Guterres “amat terkejut dengan serangan ketenteraan di barat daya Syria dan angka korban yang sangat tinggi,” kata kenyataan menerusi jurucakap Stephane Dujarric.

“Setiausaha agung mengingatkan semula bahawa kawasan barat daya Syria adalah terangkum sebagai sebahagian daripada perjanjian yang dipersetujui antara Jordan, Rusia, dan Amerika Syarikat,” kata kenyataan itu.

Guterres “menggesa semua pihak untuk menghormati kewajipan mereka mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia, melindungi orang awam dan memudahkan akses kemanusiaan yang selamat, tidak dikawal dan berkekalan.”

Ketua PBB turut membuat gesaan yang sama awal bulan ini, selepas tentera kerajaan yang disokong Rusia memulakan serangan ke atas bahagian daerah Daraa yang dikawal pembangkang pada 19 Jun.

Berpuluh ribu warga Syria melarikan diri sejak bermula serangan tersebut, kumpulan pemantau Balai Cerap Syria untuk Hak Asasi Manusia berkata hampir 100 orang awam terkorban. – AFP, 30 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen