Trump terima panggilan usikan ketika menaiki pesawat Air Force One


Menyamar sebagai Senator New Jersey Robert Menendez, pelawak John Melendez berkata dia menghubungi Donald Trump pada malam Rabu ketika presiden Amerika Syarikat itu menaiki pesawat berkenaan. – Gambar AFP, 30 Jun, 2018.

PEMIMPIN paling berkuasa di dunia menerima panggilan usikan (prank call) ketika menaiki pesawat Air Force One? Tidak mustahil.

Menyamar sebagai Senator New Jersey Robert Menendez, pelawak John Melendez berkata dia menghubungi Donald Trump pada malam Rabu ketika presiden Amerika Syarikat itu menaiki pesawat berkenaan.

Melendez menyiarkan rakaman perbualan tersebut dalam siaran “The Stuttering John Podcast,” di mana suara yang dipercayai milik Trump boleh didengari.

“Anda melalui situasi yang sukar,” katanya kepada “senator,” yang kononnya sedang menyiasat kegiatan rasuah sebelum dakwaan itu akhirnya digugurkan.

Kedua-dua mereka meneruskan perbulan, dari isu imigresen sehingga peristiwa menggantikan Hakim Anthony Kennedy, yang dibersarakan dari Mahkamah Tinggi AS.

Pelawak itu berkata dia menghubungi Rumah Putih dengan menyamar sebagai pembantu kepada senator tersebut sebelum akhirnya disambungkan kepada presiden yang sedang menaiki Air Force One, keadaan yang menimbulkan persoalan mengenai protokol yang mengawal akses kepada ketua negara.

Rumah Putih enggan mengulas mengenai perkara itu. – AFP, 30 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen