Pertumbuhan aktiviti pembuatan China perlahan


Indeks Pengurus Pembelian (PMI), yang mengukur keadaan di kilang dan lombong, pada Jun berada pada 51.5 mata, menurun dari 51.9 mata pada Mei, kata Biro Statistik Kebangsaan (NBS). – Gambar AFP, 30 Jun, 2018.

AKTIVITI pengilangan di China perlahan pada Jun, menurun setelah mengalami peningkatan selama lapan bulan sebelum ini, menurut data rasmi yang didedahkan pada Sabtu.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI), yang mengukur keadaan di kilang dan lombong, pada Jun berada pada 51.5 mata, menurun dari 51.9 mata pada Mei, kata Biro Statistik Kebangsaan (NBS).

Angka itu di bawah paras 51.6 mata seperti bacaan Bloomberg News menurut tinjauan ahli ekonomi.

Walaupun angka itu menunjukkan penurunan, ia masih di tahap yang selesa di atas paras 50 mata yang memisahkan pengembangan dan penguncupan dan lebih tinggi daripada bacaan purata NBS iaitu 51.3 mata untuk separuh pertama tahun ini. – AFP, 30 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen