IMF lulus ansuran pinjaman AS$2 bilion untuk Mesir


Lembaga IMF meluluskan pengeluaran AS$2 bilion terkini di bawah perjanjian bantuan yang ditandatangani pada November 2016 untuk menyokong program pembaharuan ekonomi Kaherah. – Gambar EPA, 30 Jun, 2018.

TABUNG Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Jumaat meluluskan ansuran keempat pinjaman AS$12 bilion, pinjaman tiga tahun untuk Mesir, menjadikan jumlah dikeluarkan sehingga kini lebih AS$8 bilion.

Lembaga IMF meluluskan pengeluaran AS$2 bilion terkini di bawah perjanjian bantuan yang ditandatangani pada November 2016 untuk menyokong program pembaharuan ekonomi Kaherah.

Sejak itu, Mesir mengenakan langkah-langkah penjimatan ketat dan mula menghentikan subsidi ke atas banyak barangan dan perkhidmatan secara berperingkat, termasuk kenaikan harga bahan api pada bulan ini sebanyak 50%, dan kadar elektrik sekitar 25%.

Harga pengguna melonjak kerana pihak berkuasa mengapungkan mata wang Mesir dan menerima cukai nilai tambah.

Sementara itu, krisis fiskal menyebabkan defisit menggelembung kepada 12.5% daripada KDNK bagi cukai 2015-2016.

Kerajaan berkata pemotongan subsidi diperlukan, dan mengakui ia akan membawa kepada kenaikan harga teksi.

IMF berkata Mesir mula meraih faedah pembaharuan, dan menganggarkan ekonomi akan berkembang 5.2% tahun ini. Inflasi dijangka jatuh kepada 20% menjelang akhir 2018 daripada 33% tahun lepas.

Bagaimanapun, kakitangan IMF pada Mei menegaskan kerajaan masih perlu mengukuhkan jaringan keselamatan sosialnya.

Sejak pemberontakan 2011 yang menggulingkan bekas presiden Hosni Mubarak, ekonomi negara Arab yang paling ramai penduduknya itu menerima banyak kejutan yang disebabkan ketidakstabilan politik dan isu-isu keselamatan. – AFP, 30 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen