MAHKAMAH perlembagaan Austria pada Jumaat memutuskan golongan yang tidak mahu dikenal pasti sebagai lelaki atau wanita perlu mempunyai hak berbuat demikian apabila mengisi borang rasmi, satu langkah besar ke arah pengiktirafan rasmi jantina ketiga.
Ia sebagai respons kepada permintaan seorang khunsa yang dikenali sebagai Alex Juergen, memohon Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia mendesak badan perundangan memperkenalkan pilihan “lain” atau “antaranya” bagi borang pendaftaran sivil yang meminta pengesahan jantina seseorang.
“Buat pertama kalinya dalam hidup saya, saya berasa diiktiraf sebagai diri saya, sebagaimana saya dilahirkan,” kata Alex Juergen, yang identiti sebenarnya kekal sebagai rahsia.
Keputusan mahkamah perlembagaan itu dipuji oleh pihak pembangkang sosial-demokrat, liberal dan ekologi.
Bagaimanapun, Parti Kebebasan (FPOe) rakan kongsi parti kerajaan Austria, menyekat keputusan mahkamah sebagai “tidak dapat difahami sepenuhnya” dengan mengatakan ia menimbulkan “banyak masalah, terutamanya mengenai perkhidmatan ketenteraan atau umur persaraan.”
Mahkamah menegaskan dalam keputusannya yang Artikel 8 Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah menjamin hak “identiti seksual individu” dan melindungi “khususnya orang yang mempunyai identiti seksual alternatif”.
Artikel yang dipersoalkan menyatakan “setiap orang mempunyai hak untuk menghormati kehidupan peribadinya dan keluarga”.
November lalu, Jerman menjadi negara Eropah pertama yang mengiktiraf “seks ketiga”, yang kemudian disusuli Netherlands pada Mei. – AFP, 30 Jun, 2018.
Komen