Doktor turut serta tunjuk perasaan di Venezuela


Jururawat dan doktor menyertai tunjuk perasaan menuntut kenaikan gaji, masalah kekurangan ubat dan peralatan hospital di Venezuela. – Gambar AFP, 29 Jun, 2018.

SEKUMPULAN doktor di Venezuela turut menyertai tunjuk perasaan yang dilancarkan jururawat kerana menuntut kenaikan gaji dan masalah kekurangan ubat-ubatan serta peralatan hospital.

Tunjuk perasaan yang bermula sejak awal minggu itu, bukan saja melibatkan jururawat yang bertugas di Caracas malah turut disertai mereka yang bertugas di beberapa negeri lain.

Mereka menuntut layanan sama sebagaimana diberikan kepada anggota tentera yang menerima kenaikan gaji menyeluruh pada 15 Jun.

Pakar perubatan yang juga anggota parlimen pembangkang, Jose Manuel Olivares berkata, kenaikan gaji kakitangan kesihatan negara itu haruslah pada perintah 2,000 peratus.

Seorang doktor di Concepcion Palacios, Moraima Hernandez berkata kepada pemberita, beliau menyertai tunjuk perasaan tersebut kerana masalah itu dilihat memberi kesan kepada semua kakitangan kesihatan.

“Kami bersatu dengan masalah yang sama,” kata Hernandez.

Beliau berkata doktor juga akan mengalami perubahan sama seperti yang lain dan doktor sakit puan juga menyokong mogok oleh para jururawat. – Bernama, 29 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen