Bekas presiden Barcelona didakwa seleweng wang


Bekas presiden Barcelona Sandro Rosell dituduh melakukan pengubahan wang haram berkaitan jualan hak televisyen pasukan bola sepak Brazil dan urus niaga tajaan dengan Selecao. – Gambar fail AFP, 29 Jun, 2018.

BEKAS presiden Barcelona Sandro Rosell akan dibicarakan dalam kes tuduhan pengubahan wang haram berkaitan jualan hak televisyen pasukan bola sepak Brazil dan urus niaga tajaan dengan Selecao, kata mahkamah hari ini.

Mahkamah Negara Sepanyol yang mengendalikan kes rasuah utama berkata isteri Rosell, seorang peguam dan tiga yang lain juga akan dibicarakan.

Bekas presiden berusia 54 tahun itu ditahan sejak Mei 2017 kerana disyaki menyelewengkan wang 15 juta euro (AS$17.5 juta) dalam bentuk komisen tidak sah daripada hak televisyen untuk pasukan negara Brazil, di mana beliau sebelum ini menetap dan bekerja.

Beliau juga disyaki menerima wang 5 juta euro secara tidak sah sebagai sebahagian tajaan Nike dengan pasukan Brazil.

Rosell, isterinya dan empat yang lain didakwa membentuk “organisasi jenayah”. – AFP, 29 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen