TENTERA Amerika Syarikat di Korea Selatan membuka markas baharu pada Jumaat, yang disifatkan Washington sebagai pangkalan terbesar luar negara mereka, selepas beberapa minggu Presiden Donald Trump menyatakan hasrat untuk membawa pulang pasukan tersebut.
AS dan Korea Selatan adalah negara sekutu. Tentera AS Korea (USFK) menubuhkan markasnya di Yongsan, di atas tanah bernilai tinggi di tengah-tengah bandar Seoul, sejak berdekad lamanya.
Kedua-dua negara sekutu itu bersetuju sejak 1990 untuk menempatkan semula markas tersebut ke Kem Humphreus, pangkalan sedia ada di Pyeongytaek, yang terletak kira-kira 60 kilometer utara ibu negara tersebut.
Namun projek tersebut ditangguhkan bertahun-tahun susulan bantahan penduduk, isu kewangan dan kerja-kerja pembinaan sambungan. – AFP, 29 Jun, 2018.
Komen