Adik pemimpin pembangkang Rusia dibebaskan


Oleg Navalny memeluk erat isteri dan kemudian abangnya selepas meninggalkan kem penjara di perkampungan Naryshkino, di daerah Oryal selatan Moscow. – Gambar AFP, 29 Jun, 2018.

ADIK kepada pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny yang dipenjara selama 3.5 tahun berhubung kes penipuan yang disifatkan penyokongnya bermotifkan politik, dibebaskan pada Jumaat selepas tamat menjalani hukuman.

Oleg Navalny memeluk erat isteri dan kemudian abangnya sejurus meninggalkan kem penjara yang terletak di perkampungan Naryshkino, di daerah Oryal selatan Moscow, kata jurugambar AFP yang bertugas di tempat kejadian.

Kira-kira 50 penyokong dan wartawan berkumpul di luar perkarangan penjara untuk menunggu detik pembebasan tersebut.

Oleg Navalny sebaik dibebaskan berkata beliau akan terus pulang ke rumah dan menikmati makanan “shashlik”, atau kebab.  

Oleg dan Alexei disabit bersalah berhubung kes penipuan pada 2014 berkaitan syarikat kosmetik Perancis, Yves Rocher.

Ahli politik pembangkang itu dijatuhi hukuman penjara tiga setengah tahun sementara adiknya dikenakan hukuman sama.

Mahkamah Hak Asasi Eropah membuat keputusan bahawa dakwaan itu tidak berasas serta semberono dan memerintahkan kerajaan Rusia membayar ganti rugi serta kos sebanyak 83,000 euro (AS$98,000). – AFP, 29 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen