SEKURANG-KURANGNYA lima orang terbunuh pada Khamis selepas seorang lelaki melepaskan tembakan di dalam pejabat akhbar Capital Gazette di Annapolis, sebuah bandar bersejarah sejam perjalanan di timur Washington.
Polis menggambarkan suspek- yang disoal siasat dalam tahanan- sebagai lelaki dewasa kulit putih yang bersenjata senapang patah atau pistol dan dipercayai bertindak sendirian.
Seorang wartawan akhbar itu, Phil Davis memuat naik status di Twitternya tentang bagaimana “penyerang menembak pintu gelas pejabat dan melepaskan tembakan ke arah pekerja.”
“Tidak ada yang lebih menakutkan berbanding mendengar beberapa orang ditembak ketika anda berada bawah meja dan mendengar penyerang mengisi peluru dalam senapangnya,” katanya.
Terdapat lima kematian yang disahkan, kata pemangku ketua polis Anner Arundel, Bill Krampf pada sidang media di ibu bandar Maryland.
Jurucakap polis, Ryan Frashure berkata tiga orang lagi cedera.
CNN melaporkan yang suspek “tidak memberikan kerjasama penuh.”
Krampf berkata polis sudah melupuskan bahan letupan dibawa suspek. – AFP, 29 Jun, 2018.
Komen