Lebih 500 ditahan di US Capitol bantah dasar pendatang Trump


Polis US Capitol berkata 575 orang termasuk mereka yang mengadakan bantahan duduk di bangunan pejabat Senat itu didakwa kerana berhimpun secara haram, diambil keterangan di kawasan kejadian sebelum dibebaskan. – Gambar AFP, 29 Jun, 2018.

LEBIH 500 wanita termasuk seorang ahli Kongres ditahan pada Khamis di kompleks US Capitol selepas membantah dasar imigresen menekan Presiden Donald Trump yang menyebabkan ribuan keluarga dipisahkan di sempadan Mexico.

Polis US Capitol berkata 575 orang termasuk mereka yang mengadakan bantahan duduk di bangunan pejabat Senat itu didakwa kerana berhimpun secara haram, diambil keterangan di kawasan kejadian sebelum dibebaskan.

Ramai yang ditahan menyanyi dan melaungkan slogan dan memakai selimut kecemasan warna perak yang serupa diberikan kepada kanak-kanak di pusat tahanan/

Pramila Jayapal, ahli Kongres Demokrat antara yang ditahan.

Pelakon Susan Sarandon juga berkata beliau ditahan pada Khamis di Washington, di mana orang ramai berkumpul untuk melakukan bantahan di luar Jabatan Kehakiman.

Senator Kirsten Gilibrand memuat naik sebuah video demonstarsi, berkata wanita membantah “dasar tidak berperikemanusiaan pentadbiran Trump untuk memisahkan keluarga di sempadan.”

Trump dan Kongres bergelut untuk menyelesaikan krisis yang menyaksikan lebih 2,000 kanak-kanak dipisahkan daripada ibu bapa pendatang mereka sejak pentadbiran mengumumkan dasar sempadan “sifar toleransi” awal Mei lalu.

Dasar itu menggariskan untuk pelaksanaan undang-undang lebih ketat memerlukan sesiapa yang menyeberangi sempadan secara haram untuk ditahan dan dirujuk kepada pendakwaan.

Trump menangguhkan proses pemisahan itu hanya selepas kecaman antarabangsa dan kritikan Demokrat dan Repulikan, tetapi Kongres masih gagal menyelesaikan krisis itu sepenuhnya.

“Apa yang dilakukan pentadbiran sekarang tidak bermoral, tidak berperikemanusiaan dan perlu dihentikan,” kata Gillibrand. – AFP, 29 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen