OPERATOR bot penyelamat Lifeline yang terkandas hampir seminggu di Laut Mediterranean bersama 230 pendatang haram pada Khamis berkata mereka memberikan “kerjasama” dengan pihak berkuasa sejak mendarat di Malta.
Selepas kapal berkenaan menjadi simbol pertikaian Keatuan Eropah berhubung isu pendatang haram, pengasas bersama NGO dari Jerman itu Axel Steier berkata kapten telah bercakap dengan polis Malta selepas dituduh ooleh pemimpin Kesatuan Eropah bahawa anak kapal melanggar undang-undang antarabangsa.
“Kapten kapal disoal sebagai sebahagian daripada siadatan dan kemudian kembali ke kapalnya,” kata Steier kepada AFP dan menambah beliau akan kembali ke balai polis pada Khamis.
“Kami berikan kerjasama.”
Steier mengulangi kenyataan bahawa kumpulan penyelamatnya, Mission Lifeline, menafikan melanggar undang-undang dengan membawa 230 pencari suaka politik Afrika dan enggan menyerahkannya kepada pengawal pantai Libya.
“Kami mematuhi semua arahan pihak berkuasa kecuali satu arahan yang meminta kami bawa kembali semua orang ke Libya,” katanya.
Steier berkata beliau percaya mereka yang dibawa itu layak untuk mendapat suaka politik di Kesatuan Eropah.
Itali dan Perancis menuduh organisasi itu melanggar undang-undang kerana enggan menyerahkan pendatang haram pada operasi menyelamat 21 Jun lalu, dan mendakwa tindakan itu akan membawa kepada permerdagangan manusia.
Namun Lifeline menyatakan semua pendatang haram terbabit tidak akan selamat di Libya, mereka akan berdepan masalah penderaan dan rogol di pusat tahanan, dan menghantar mereka semula akan melanggar undang-undang pelarian. – AFP, 28 Jun, 2018.
Komen