Masing tuntut permohonan maaf berhubung 'laporan fitnah' Borneo Post 


Desmond Davidson

Presiden Parti Rakyat Sarawak James Masing mendakwa kenyataannya berhubung rizah negeri disalah erti oleh akhbar terbabit.– Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Jun, 2018

PRESIDEN Parti Rakyat Sarawak (PRS) James Masing menuntut permohonan maaf daripada akhbar The Borneo Post dan portal beritanya berhubung  laporan yang secara tersirat mendakwa beliau mencadangkan rizab negara sebanyak RM31 bilion digunakan secara keseluruhan sebelum pilihan raya negeri akan datang. 

“Ia adalah fitnah,” kata Masing menerusi peguamnya Allan Lao hari ini.

Surat tuntutan dihantar kepada kedua-dua penerbit akhbar, Borneo Post Sdn Bhd dan penerbit portal, Borneo Post Online Sdn Bhd pada Selasa. 

Kedua-dua penerbit itu diberikan tempoh tujuh hari untuk memohon maaf dalam bentuk cetakan dan dalam talian, yang mana menurut Masing jika gagal berbuat demikian beliau “tiada pilihan untuk mengambil tindakan undang-undang”. 

Lao berkata tiada sebarang maklum balas setakat ini daripada pihak berkenaan. 

Pertikaian antara Masing dan akhbar berkenaan berpunca daripada laporan bertajuk,“Masing suggests Sarawak’s reserves of RM31 billion be used before the next state election”.

Katanya, tajuk laporan berkenaan disalah erti oleh kebanyakan pembaca yang menganggap beliau menggesa kerjaan negeri mengunakan rizab kerajaan negeri untuk menghalangnya daripada digunakan oleh pembangkang sekiranya mereka memenangi plihan raya negeri pada 2021.

Masing, dalam satu kenyataan yang dibuat pada sidang akhbar yang dioengerusikan timbalannya, Joseph Salang berkata, kenyataan beliau telah “disalah erti” dan ucapannya pada majlis makan malam PRS pada 17 Jun di Kuching “diambil dari konteks yang salah”.

“Saya tidak pernah cadangkan untuk ‘gunakan semua’ rizab negeri sebelum pilihan raya akan datang,” katanya. 

Perkataan “gunakan semua” dijadikan ringkasan tajuk pada laporan versi dalam talian, yang kata Masing menjadi punca utama pertikaian itu. 

Menurutnya, beliau dikritik dan dicela oleh rakan kabinetnya.

Katanya, perkataan “gunakan semua” diletakkan di Facebook penerbit berkenaan untuk “memastikan pendedahan maksimum kepada pelawat Facebooknya”.

Ahli Parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii berkata cadangan Masing itu “bukti kejahilannya dalam sistem demokrasi dan (merupakan) penghinaan kepada peranan kerajaan dalam menguruskan sumber negeri untuk kebaikan rakyat”, manakala rakan Yii dalam Pakatan Harapan yang juga Pengerusi PKR Sarawak Batu Bian berkata, cadangan itu hanya menunjukkan Masing “ahli politik yang utama dan DCM sebagai yang kedua” sedangkan ia sepatutnya berlaku sebaliknya. 

Menteri Kewangan Kedua Wong Soon Koh berkata kerajaan Sarawak sentiasa beringat dalam membelanjakan rizabnya bagi memastikan ia digunakan secara bijak.

The Borneo Post pada 20 Jun lalu berkata ia kekal dengan laporan itu dan menyiarkan satu artikel editorial untuk bertanya kepada embaca sama ada ia disalah lapor.

Akhbar itu turut menyertakan apa yang didakwanya sebagai rakaman audio kenyataan Masing pada laporan dalam taliannya. 

Akhbar itu itu dalam ruangan editorial menyatakan “biar pembaca yang bijak menilainya”.

Satu posting di media sosial yang tidak disahkan bagaimanapun berkata, akhbar berkenaan digunakan oleh syarikat terbabit untuk menyelar masing kerana enggan menganugerahkan projek bernilai RM5 bilion membabitkan jalan raya di negeri itu.

Masing yang juga menteri pengangkutan dan pembangunan infrastruktur negeri bagaimanapun enggan mengesahkan atau menafikan naun berkata “terdapat pihak berkepentingan” yang mahu dianugerahkan projek tanpa melalui proses tender.– 28 Jun, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen