SYARIKAT Tealive memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang memihak kepada pesaing dan bekas pemegang francais induk Chatime.
La Kaffa International Co Ltd yang berpangkalan di Taiwan memfailkan tuntutan untuk mendapatkan injunksi bagi menghalang Loob Holding Sdn Bhd daripada terus beroperasi di bawah nama Tealive, iaitu perniagaan teh yang popular dengan 161 cawangan dan 800 pekerja di seluruh negara.
Dalam satu kenyataan hari ini, Loob Holding menjawab dengan berkata ia akan “memfailkan permohonan untuk merayu di Mahkamah Persekutuan”.
“Perkara ini sedang diuruskan oleh peguam kami dan kami akan membiarkan proses undang-undang dijalankan.
“Kami sudah mengarahkan mereka membuat permohonan kepada mahkamah bagi membolehkan kami mengekalkan status quo sehingga keseluruhan proses perundangan selesai,” menurut kenyataan itu.
“Tealive adalah jenama tempatan yang dilahirkan di Malaysia dan dibesarkan untuk dunia.”
Dalam penghakimannya semalam, Hakim Hamid Sultan Abu Backerm yang mengetuai tiga ahli panel berkata injunksi adalah berdasarkan pelanggaran syarat pasca francais dan juga mengembalikan haknya.
“Secara mudahnya, Loob mendapat keuntungan daripada perniagaan francais Chatime untuk menubuhkan perniagaan saingan yang mana menurut La Kaffa ia tidak dibenarkan di bawah peraturan francais dan juga Akta Francais 1998.
“Akibatnya, mereka memohon injunksi untuk menghalang Loob dengan mandatori yang lain. Saman asal La Kaffa yang dibuat menurut Seksyen 11 Akta Timbang Tara 2005 dan/atau bidang kuasa yang wujud di mahkamah untuk menyelesaikan masalah serta perintah penahan yang dicari,” katanya dalam penghakiman bertulisnya.
Pada Disember 2016, La Kaffa menamatkan perjanjian francais induk dengan Loob walaupun 20 tahun dalam perjanjian itu. Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Bryan Loo telah membuat laporan polis berhubung penamatan secara tiba-tiba tetapi bersetuju dengan penamatan kontrak La Kaffa pada 20 Januari.
Syarikat Malaysia itu bagaimanapun mencipta jenama baru Tealive, sementara La Kaffa melantik Will Group sebagai pemberi lesen Chatime di sini.
Keputusan Mahkamah Rayuan itu telah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Mei tahun lalu atas tawaran injunksi oleh La Kaffa terhadap Loob daripada menjalankan perniagaan yang sama. – 28 Jun, 2018.
Komen