CHINA menarik balik pengharaman ke atas daging import Britain yang dikenakan sejak 20 tahun lepas akibat penularan wabak “penyakit lembu gila”, kata kerajaan UK pada Rabu.
“Kerajaan China hari ini menarik semula larangan eksport dagin lembu dari UK, yang dianggarkan bernilai £250 juta (AS$329 juta) dalam lima tahun pertama saja,” menurut kenyataan itu.
Pengumuman itu dikeluarkan dua hari selepas China menandatangani perjanjian untuk menarik semula larangan terhadap daging dari Perancis yang dilaksanakan sejak sedekad lalu.
Setiausaha Alam Sekitar, Michael Gove menyifatkan pengumuman itu “berita hebat” yang membolehkan negara itu menjadi sebuah “negara Britain yang luar biasa di luar Kesatuan Eropah”.
China merupakan pasaran eksport kelapan terbesar UK bagi makanan berasaskan pertanian. Jabatan alam seitar, makanan dan urursan luar bandar berkata lebih daripada £560 juta makanan dan minuman dibeli oleh pengguna China tahun lepas. – AFP, 28 Jun, 2018.
Komen