Amnesty dakwa pemimpin tentera Myanmar lakukan jenayah kemanusiaan


Lebih 700,000 Muslim Rohingya terpaksa melarikan diri dari Rakhine selepas berlaku serangan keganasan ketenteraan. – Gambar AFP, 27 Jun, 2018.

AMNESTY International (Amnesty) mendakwa ketua tentera Myamar dan pegawai tertinggi lain atas kesalahan jenayah kemanusiaan kerana memantau serangan “sistematik” terhadap Muslim Rohingya, menurut laporan kumpulan hak asasi manusia itu semalam, dan mendesak supaya pendakwaan dilakukan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Lebih 700,000 Muslim Rohingya terpaksa melarikan diri dari Rakhine selepas berlaku serangan keganasan ketenteraan di mana Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata jumlah itu sama seperti “pembersihan etnik”.

Tentera Myanmar menafikan bertindak menyasarkan golongan minoriti itu dan berkata ia mempertahankan diri daripada serangan militan Islam terhadap pos polis pada Ogos 2017.

Tetapi laporan baharu daripada Amnesty berkata ketua panglima tentera Min Aung Hlaing dan 12 lagi pegawai tentera kanan memantau kempen keganasan di negeri itu di mana Rohingya selama ini disingkirkan.

“Pembersihan etnik Rohingya dilakukan oleh kempen sistematik di mana pasukan tentera Myanmar secara tidak sah membunuh ribuan Rohingya termasuk kanak-kanak,” kata laporan itu.

Ia juga menuduh anggota tentera melakukan keganasan seksual, penyeksaan, membakar pasar dan ladang menyebabkan komuniti itu kelaparan dan melarikan diri. – AFP, 27 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen