Rosmah lebih tahu kes seleweng 1MDB, lapor WSJ


Ketika siasatan semakin hebat dipergiat dan maklumat semakin terkumpul, peranan Rosmah Mansor dalam skandal 1MDB semakin jelas. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Jun, 2018.

PENYIASAT dapat mengesan peranan Rosmah Mansor dengan semakin jelas dalam siasatan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor The Wall Street Journal.

Akhbar tersebut melaporkan demikian berdasarkan wawancara dengan penyiasat dan individu yang rapat dengan isteri Najib Razak itu.

Menurut WSJ, satu sumber penting dalam siasatan 1MDB di AS menyifatkan Rosmah Mansor lebih mengetahui tentang penyelewengan dana negara itu berbanding Najib.

“Isteri ada gambaran lengkap berbanding suaminya,” kata sumber yang dianggap penyiasat AS memainkan peranan utama dalam rompakan harta Malaysia itu, menurut laporan itu.

Individu yang rapat dengan keluarga Najib-Rosmah pula mendakwa, Najib sudah bersedia untuk meletak jawatan apabila siasatan skandal itu dipergiat pada 2016, lapor WSJ.

Sumber WSJ menyebut, Najib lebih menumpukan pada usaha mendapatkan dana politik dan bukannya untuk perbelanjaan peribadi.

Bagaimanapun, isterinya itu dilaporkan menggesa beliau untuk terus bertahan sebagai perdana menteri dan Rosmah turut mengetuai usaha menghalang siasatan yang sedang berlaku di Malaysia.

Rosmah dilaporkan mengupah pelobi Amerika untuk mendesak DoJ mengugurkan siasatan 1MDB dan mengatur pertemuan di antara pelobi itu dengan duta Malaysia ke AS.

Dalam satu buku autobiografi, Rosmah mempertahankan yang barangan kemas dan beg tangannya dibeli dengan duit sendiri.

Sumber WSJ memberitahu, sebutir permata dala koleksi yang banyak itu mungkin berharga AS$27 juta (RM108 juta).

WSJ turut meneliti hubungnan Rosmah dengan jutawan Low Taek Jho, yang juga dikenali dengan nama Jho Low.

Keluarga jutawan itu memiliki hartanah berhampiran kediaman Najib di London dan Low turut membantu Najib menubuhkan 1MDB pada 2009.

Jabatan kehakiman Amerika Syarikat menyiasat mengenai dana berjumlah AS$4.5 bilion yang dicuri daripada 1MBD untuk membeli aset termasuk hartanah mewah di Amerika Syarikat, jet peribadi dan syarikat pengeluar filem diketuai anak Rosmah. – 26 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Rosmah perempuan bodoh lagi hodoh! Pakai berlian atau barang2 kemas manapun pun tak boleh tutup fakta ini. Umur Tun Siti Hasmah dah 90+ tapi beliau nampak jauh lebih anggun, bergaya dan jelita.

    Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh Ckone J · Ulasan