Putin puji 'kehebatan kuasa politik' Erdogan


Presiden Rusia Vladimir Putin berkata bahawa keputusan pilihan raya mencerminkan kehebatan kuasa politik Recep Tayyip Erdogan dan sokongan padu yang atas usaha yang dibuat di bawah pentadbirannya dalam menyelesaikan masalah sosial dan ekonomi Turki serta mengukuhkan kedudukan negara di arena antarabangsa. – Gambar EPA, 25 Jun, 2018.

PRESIDEN Rusia Vladimir Putin hari ini mengucapkan tahniah kepada Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan yang memenangi pilihan raya presiden dan berkata keputusan itu menandakan “kehebatan kuasa politik”.

Kremlin berkata Putin “menekankan bahawa keputusan pilihan raya mencerminkan kehebatan kuasa politik Recep Tayyip Erdogan dan sokongan padu yang atas usaha yang dibuat di bawah pentadbirannya dalam menyelesaikan masalah sosial dan ekonomi Turki serta mengukuhkan kedudukan negara di arena antarabangsa”.

Erdogan - yang menguasai Turki selama sedekad setengah lalu - hari ini meneruskan pentadbiran untuk lima tahun lagi selepas memenangi pilihan raya.

Putin menegaskan yang beliau bersedia meneruskan “kerjasama rapat” dan berdialog dengan Erdogan.

“Ini sudah pasti demi kepentingan rakyat Rusia dan Turki,” menurut Kremlin dalam satu kenyataan.

Putin dan Erdogan - kedua-duanya yang berjaya membawa negara mereka keluar dari krisis ekonomi malah membawa negara memasuki era konfrantasi dengan Barat - menempa kerjasama rapat dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Hubungan Ankara-Moscow diuji dengan krisis teruk pada November 2015 apabila Turki menembak jatuh pesawat perang Rusia ke atas Syria. – AFP, 25 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen