12 kanak-kanak terperangkap dalam gua di Thailand


Misi menyelamat pasukan bola sepak kanak-kanak yang terperangkap selama dua hari di dalam sebuah gua di utara Thailand sedang di jalankan, kata pegawai pada Isnin. – Gambar Wikipedia, 25 Jun, 2018.

Misi menyelamat pasukan bola sepak kanak-kanak yang terperangkap selama dua hari di dalam sebuah gua di utara Thailand sedang dijalankan, kata pegawai pada Isnin.

Penyelam sampai di salah satu ruang di gua tersebut di mana 12 kanak-kanak bersama jurulatihnya dipercayai terperangkap, kata timbalan gobenor Chiang Rai.

“Kami rasa mereka terperangkap di bahagian sini gua tersebut,” kata Pasakorn Boonyalug.

“Mereka tidak makan sejak Sabtu, jadi kami bawa makanan dan minuman untuk mereka,” tambahnya.

Kanak-kanak berusia antara 11 dan 16 tahun memasuki gua Tham Luang bersama jurulatihnya pada Sabtu.

Ibu salah seorang kanak-kanak tersebut berkata anaknya tidak pulang sejak menjalani latihan bola sepak pada waktu petang.

Hujan monsun melanda daerah itu beberapa hari ini, menyebabkan gua tersebut dipenuhi air, dan basikal serta kasut kepunyaan kanak-kanak itu dijumpai berdekatan pintu gua itu.

Pasukan keselamatan memulakan operasi pada malam Sabtu namun terhenti ekoran paras air naik mendadak, memerlukan penyelam untuk melalui kawasan berlumpur dan banjir di gua itu. – AFP, 25 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen