UMNO mempunyai aset bernilai berbilion ringgit maka tiada masalah untuk membiayai kegiatan parti, kata Tengku Razaleigh Tengku Hamzah.
Calon presiden itu berkata ia mencukupi semua kegiatan parti di semua peringkat.
Menurut ahli Parlimen Gua Musang itu, tindakan ibu pejabat parti meminta setiap bahagian mencari dana sendiri selepas Barisan Nasional kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 adalah sesuatu yang luar biasa.
“Umno ada aset termasuk di kawasan utama di seluruh negara.
“Kita ada pejabat sendiri di negeri dan bahagian yang terletak strategik kerana ia diperolehi sejak 1960-an dan 70-an.
“Jika aset-aset ini diuruskan dengan baik, maka kita mempunyai dana yang mencukupi untuk menggerakkan aktiviti kita,” beliau dipetik sebagai berkata oleh The Star Online semasa mesyuarat anjuran jawatankuasa perhubungan Umno Negeri Sembilan hari ini.
Ahli politik berusia 81 tahun itu berkata demikian ketika menjawab pertanyaan ahli jawatankuasa mengapa Umno mengarahkan mengarahkan semua bahagian mencari dana sendiri. – 25 Jun, 2018.
Komen