Saman Dr Mahathir berhubung laporan RCI ditetapkan 28 Ogos


Pada awal Disember 2017, Dr Mahathir Mohamad memfailkan saman untuk memohon pengisytiharan bahawa laporan RCI mengenai kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia itu adalah tidak sah dan terbatal kerana tidak memasukkan dokumen undang-undang saksi dan nota prosiding. – Gambar EPA, 25 Jun, 2018.

PEGUAM yang mewakili Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad belum mendapat arahan sama ada meneruskan atau menarik balik saman bagi membatalkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing oleh Bank Negara Malaysia pada 1990-an.

Peguam Mohd Irzan Iswatt Mohd Noor yang mewakili Dr Mahathir berkata peguam utama Mohamed Haniff  Khatri Abdulla yang juga mewakili perdana menteri belum dapat bertemu dengan anak guamnya bagi mendapat arahan lanjut berhubung kes saman berkenaan yang difailkan pada Disember lalu.


Bermula July 2018, akses bagi laporan penuh hanya untuk anda yang melanggan. Daftar sekarang dan nikmati satu (1) minggu akses percuma!

Langgan sekarang!


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen