PRESIDEN Turki Recep Tayyip Erdogan memenangi pusingan pertama pilihan raya presiden dengan lebih daripada separuh undian, kata ketua pihak berkuasa pilihan raya Turki hari ini.
“Presiden Recep Tayyip Erdogan menerima majoriti penuh bagi semua undian yang sah,” kata ketua Jawatankuasa Pilihan Raya (YSK) Sadi Guven kepada pemberita di Ankara, tanpa menjelaskan butiran lanjut mengenai pilihan raya itu selepas hari mengundi pada Ahad.
Keputusan disiarkan oleh stesen televisyen Turki Anadolu berdasarkan data yang diperoleh daripada YSK turut memberikan Erdogan majoriti penuh.
Erdogan memenangi 52.5% undian pada pilihan raya presiden manakala saingannya Muharrem Ince daripada Parti Republikan Rakyat hanya mendapat 31.7% undian, menurut agensi berita Anadolu.
YSK dijangka akan mengumumkan keputusan akhir pada Jumaat. – AFP, 25 Jun, 2018.
Komen