86 terbunuh dalam keganasan di Nigeria 


Presiden Nigeria Muhammadu Buhari meminta agar semua pohak di negara itu bertenang berikutan keganasan yang menyebabkan 86 orang terbunuh. – Gambar EPA, 25 Jun, 2018.

PRESIDEN Nigeria Muhammadu Buhari pada Ahad menggesa agar semua pihak bertenang selepas 86 orang dilaporkan terbunuh dalam serangan yang disyaki dilakukan oleh puak nomad terhadap masyarakat petani di tengah negara itu. 

Keganasan tercetus di kawasan Brikin Ladi beberapa hari selepas serangan oleh petani etnik Berom terhadap puak Fulani pada Khamis. 

Pesuruhjaya polis negeri Undie Adia berkata serbuan pihak berkuasa di perkampungan Berom berikutan keganasan itu menemui 86 orang yang dibunuh. 

Adie memberitahu pemberita enam lagi cedera manakala 50 buah rumah dibakar. Mayat kesemua mangsa telah diserahkan kepada keluarga masing-masing, tambahnya.

Kematian itu merupakan yang terbaharu dalam keganasan merebut tanah dan sumber hasil bumi sekaligus meletakkan Presiden Muhammadu Buhari di bawah tekanan berikutan pilihan raya di negara itu yang semakin hampir. 

Keganasan yang dicetuskan oleh pengaruh etnik, agama dan politik menyebabkan ribuan orang terbunuh sejak sedekad lalu. 

Penganalisis percaya ia akan menjadi masalah keselamatan yang besar terhadap negara berkenaan selepas pemberontak Boko Haram yang menyebabkan sekurang-kurangnya 20,000 orang maut sejak 2009. 

Pejabat Buhari dalam satu kenyataan menggesa agar “semua pihak bertenang dan akan mengheret phak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. 

“Kehilangan nyawa dan harta benda berikutan serangan ini hari ini amat dikesali,” tambahnya. – AFP, 25 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen