Tentera Syria isytihar perintah berkurung di Raqa


Perintah itu diisytiharkan sebagai langkah berjaga-jaga terhadap serangan kumpulan Islamic State (IS). – Gambar AFP, 24 Jun, 2018.

PASUKAN tentera di Raqa, utara Syria mengisytiharkan perintah berkurung selama dua hari mulai Ahad sebagai langkah berjaga-jaga terhadap serangan kumpulan Islamic State (IS).

IS diusir oleh Pasukan Demokrasi Syria (SDF) yang disokong Amerika Syarikat (AS) dari benteng pertahanannya di Raqa pada Oktober. 

SDF pada Ahad berkata ia menerima maklumat bahawa kumpulan pengganas yang bekerja bagi pihak Daesh (IS) telah memasuki kota Raqa untuk menyerang.

Ini memaksa SDF memutuskan untuk mengisytiharkan darurat dan perintah berkurung di kota Raqa mulai 5 pagi pada Ahad hingga 5 pagi Selasa.

Pada Jumaat, IS mendakwa melakukan serangan pertama di Raqa sejak diusir serta mengumumkan di saluran media propaganda bahawa ia telah meletupkan bom di tepi jalan di timur laut kota itu. – AFP, 24 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen