Skandal culik bayi di Sepanyol, doktor dihadapkan ke mahkamah


Ines Madrigal, yang kini berusia 49 tahun, menuduh Eduardo Vela memalsukan sijil kelahirannya. – Gambar AFP, 24 Jun, 2018.

BEKAS doktor dihadapkan ke mahkamah di Madrid pada Selasa kerana didakwa menculik bayi daripada ibu kandungnya untuk diberikan kepada wanita lain.

Eduardo Vela, 85, bekas pakar obstetrisian di hospital dekat San Ramon, bakal menjadi individu pertama yang didakwa terlibat dalam skandal penculikan bayi.

Vela dipercayai terlibat dalam kes penculikan Ines Madrigal, yang kini berusia 49 tahun, pada 1969. Madrigral kemudiannya menuduh Vela memalsukan sijil kelahirannya.

Ketika Madrigal berumur 18 tahun, ibu angkatnya, yang kini sudah meninggal dunia, memberitahu yang dia adalah anak angkat.

Pada 2010, Madrigal membaca satu artikel tentang “penculikan bayi” yang mendedahkan hospital di mana dia dilahirkan, dijadikan pusat penyeludupan kanak-kanak pada 1960-an dan 70-an,  tahun-tahun akhir pemerintahan kuku besi di negara itu.

Dia menyiasat perkara itu dan terkejut apabila mendapati sijil kelahirannya dipalsukan. – AFP, 24 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen