SEKURANG-KURANGNYA 14 maut pada Sabtu dalam tiga insiden tembak menembak di utara bandar Mexico, Juarez, yang merupakan kawasan kartel dadah.
Salah satu serangan tercetus di bahagian selatan bandar itu, di mana lapan lelaki yang sedang berkumpul menonton perlawanan Piala Dunia antara Mexico dan Korea Selatan,
Serentak itu, di kawasan kejiranan lain di pusat bandar itu, lima lelaki sedang berkumpul di salon rambut untuk menonton pelawanan bola sepak sebelum dibunuh oleh kumpulan yang tiba di tempat kejadian dengan sebuah van, menurut saksi.
Beberapa jam sebelum itu, semasa awal pagi, tiga orang diheret keluar dari acara parti di sebuah kejiranan di pinggir bandar dan dibunuh lelaki bersenjata api.
Kesemua pembunuhan berkenaan menjadikan jumlah kematian bagi bulan Jun di bandar ini meningkat kepada 128 orang.
Lebih 200,000 terbunuh di Mexico sejak kerajaan melancarkan serangan anti-dadah yang kontroversi pada akhir 2006, menurut angka rasmi yang tidak menyatakan berapa banyak daripada korban itu yang dikaitkan dengan jenayah terancang. – AFP, 24 Jun, 2018.
Komen