Wanita Arab Saudi kini boleh memandu


Wanita di Arab Saudi kini dibenarkan mendapatkan lesen dan memandu di negara itu selepas larangan berbuat demikian terhadap mereka, dibatalkan. – Gambar AFP, 24 Jun, 2018.

ARAB Saudi selama ini menjadi satu-satunya negara yang tidak membenarkan wanita memandu, akhirnya mengakhiri larangan itu hari ini.

Pada September 2017, Raja Salman mengeluarkan pengisytiharan mengakhiri larangan yang dikenakan selama berdekad itu, bermula dari Jun 2018.

Banyak sekolah memandu untuk wanita kemudiannya dibuka di bandar-bandar seperti Riyadh dan Jedah.

Awal bulan ini, negara itu mula mengeluarkan lesen memandu pertamanya untuk wanita dalam tempoh berdekad, dengan ramai pula wanita mula menukar lesen memandu luar negara mereka kepada lesen Arab Saudi, selepas menjalani ujian amali.

Kira-kira enam juta wanita atau 65% populasi wanita dijangka memohon untuk mendapatkan lesen selepas ini.

Kira-kira tiga juta wanita di Arab Saudi dijangka dapat menerima lesen mereka dan memandu secara aktif menjelang 2020, kata syarikat perunding PricewaterhouseCoopers.

Kelayakan

Sebagai tambahan kepada kereta, wanita juga akan dibenarkan memandu van dan trak serta menunggang motosikal.

Wanita yang mempunyai lesen memandu dari negara-negara Teluk akan diminta menukarnya kepada lesen Arab Saudi, menurut jabatan trafik negara itu.

Jabatan itu berkata mereka yang memiliki lesen memandu antarabangsa boleh memandu di negara itu sehingga tempoh setahun, selepas itu perlu memohon lesen Arab Saudi.

Lesen memandu untuk kenderaan persendirian akan diberikan pada minimum umur 18 tahun dan pengangkutan awam 20 – sama seperti lelaki.

Jenayah dan hukuman

Ramai wanita bimbang akan menjadi sasaran mudah kerana pemandu di negara itu di mana lelaki seperti bapa, suami atau saudara lain yang menjadi muhrim mereka, boleh membuat keputusan bagi pihak mereka.

Sebagai persediaan membatalkan larangan itu, kerajaan mengambil langkah awal dengan mengenakan hukuman penjara lima tahun dan denda maksimum 300,000 riyal (AS$80,000) bagi kesalahan gangguan seksual. – AFP, 24 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen