TENTERA rejim Syria pada Sabtu mendapat kemenangan pertama dalam pertempuran dengan pemberontak di wilayah selatan Daraa beberapa hari selepas melancarkan pengeboman, menurut pemerhati.
Sejak Selasa lalu, tentera rejim meningkatkan serangan mereka di kawasan yang dikuasai pemberontak di timur Daraa berikutan serangan ketenteraan terhadap pemberontak di kawasan terbabit.
“Tentera rejim mara buat kali pertama di kawasan itu sejak peningkatan serangan ketenteraan pada Selasa, menawam perkampungan Al-Bustan dan Al Shumariya di kawasan timur wilayah Daraa,” kata Pemerhati Kumpulan Hak Asasi Manusia Syria.
Serangan ditumpukan tentera rejim di kawasan yang dikuasai pemberontak antara kawasan perkampungan timur Draaa dan kawasan barat wilayah Sweida.
Tentera dilihat mahu memecahkan kawasan berkenaan kepada seksyen utara dan selatan, kata ketua kumpulan pemerhati berkenaan Rami Abdel Rahman, “untuk membatu operasi mereka dalam meningkatkan tekanan kepada pemberontak, dan membolehkan mereka maju dengan lebih cepat.”
Agensi berita negeri SANA turut melaporkan kemaraan tentera itu, dan berkata pasukan tetera kini mara ke kawasan timur Daraa.
Selepas menawan ibu negara Damsyik, tentera Syria kini beralih kepada kawasan perkampungan di selatan, yang mana pemberontak masih menguasai wilayah Daraa dan Sweida.
Selatan Syria merupakan zon strategik: ia bersempadan dengan Jordan dan kawasan penempatan Israel, Bukit Golan, dan turut terletak berhampiran Damsyik.
Bantuan ketenteraan sedang dihantar ke selatan, walapun ia diklasifikasikan sebagai kawasan gencatan senjata tahun lalu yang mana keganasan sepatutnya dikurangkan. – AFP, 23 Jun, 2018.
Komen