GPS sasar pelancaran pada 22 Julai


Desmond Davidson

Mesyuarat dipengerusikan oleh Alexander Nanta Linggi dari Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa mengenai pendaftaran Gabungan Parti Sarawak hari ini. – Gambar The Malaysian Insight, 23 Jun, 2018.

GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) menjangkakan akan dilancarkan pada 22 Julai ini.

Tarikh itu merupakan tarikh penting kepada rakyat Sarawak kerana adalah hari di mana negeri itu bebas dari jajahan British iaitu Hari Sarawak.

Jawatankuasa yang menguruskan pendaftaran GPS, yang mengadakan mesyuarat hari ini, berkata ia telah mencapai persetujuan mengenai perlembagaan “yang hampir selesai”. Hanya logo gabungan yang masih belum diputuskan, kata jawatankuasa itu.

Mempunyai lapan anggota, jawatankuasa tersebut terdiri daripada empat presiden parti - Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Abang Johari Openg, James Masing (Parti Rakyat Sarawak), Sim Hui Kian (Parti Rakyat Bersatu Sarawak) dan Tiong King Sing (Parti Demokratik Progresif) - dan setiausaha agung masing-masing.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Alexander Nanta Linggi dari PBB.

Beliau berkata GPS mempunyai “citarasa Sarawak”, menjawab tuduhan bahawa gabungan itu tetap membawa imej lama Barisan Nasional. – 23 Jun, 2018.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen