Opec setuju tingkat pengeluaran sejuta tong sehari


Cadangan Arab Saudi itu disokong sebulat suara negara-negara anggota Opec. – Gambar EPA, 22 Jun, 2018.

ANGGOTA Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (Opec) bersetuju dengan peningkatan gabungan pengeluaran minyak mentah sejuta tong sehari, kata menteri minyak Arab Saudi hari ini.

“Saya gembira kerana akhirnya kita bersetuju sekitar sejuta tong yang telah dibincangkan,” kata Khaled al-Faleh selepas mesyuarat Opec.

Cadangan Arab Saudi itu, yang dibuat atas bantahan terhadap Iran, disokong sebulat suara.

Arab Saudi yang disokong Rusia, berpendapat bahawa sudah tiba masanya untuk meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan tinggi dan membil hati negara-negara pengguna utama seperti Amerika Syarikat (AS), India dan China yang merungut mengenai kenaikan harga yang berterusan sejak pengeluaran dihentikan pada Januari tahun lepas.

“Saya fikir ia akan menyumbang dengan ketara bagi memenuhi permintaan yang kita lihat pada separuh masa kedua,” kata menteri Arab Saudi.

24 negara anggota Opec pada 2016 bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 1.8 juta tong sehari, tetapi sebenarnya menyimpan kira-kira 2.8 juta tong sehari dari pasaran.

Pedagang-pedagang komoditi melaporkan harga minyak dunia yang sudahpun tinggi awal hari ini, terus naik selepas pengumuman Opec itu. – AFP, 22 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen